Friday 11 March 2011

ketahui sejarah ayer limau,masjid tanah,melaka

Nama Dan Sejarah Kampung


Kampung Ayer Limau telah dibuka sekitar tahun 1820. Antara orang pertama yang meneroka kampung ini adalah Datuk Penghulu Tua yang berasal dari Melekek. Kawasan yang mula-mula dibuka ialah Solok Ayer Limau atau Solok Pokat yang telah dikenali kini sebagai Jalan Hj. Hassan.

Asalnya, Kampung Ayer Limau terletak bermula dari hujung pekan Masjid Tanah meliputi Kampung Pinang hinggalah ke Kampung Bukit Apit yang bersempadan dengan Kampung Rantau Panjang.

Setelah berlaku persempadanan semula, maka pada hari ini Kampung Ayer Limau terletak ditengah-tengah kedua-dua kampung tadi iaitu bermula dari Sungai Ayer Limau hinggalah ke Sekolah Kebangsaan Ayer Limau yang meliputi keluasan kira-kira 7 km persegi. Pada hari ini, jarak dari Bandar Masjid Tanah adalah sejauh lebih kurang 1 km. 

Asal Usul Sejarah
Image 
Asal usul nama kampung ini didapati daripada pokok limau nipis dan limau kasturi yang banyak terdapat di kawasan ini sewaktu awal pembukaannya. Peneroka awal yang meneroka kampung ini telah sepakat untuk menamakannya sebagai Kampung Solok Ayer Limau dengan pembahagian kawasan pada masa itu iaitu kawasan Kampung Pinang dan Bukit Apit.
Datuk Penghulu Tua selaku peneroka awal kawasan ini adalah pengamal Adat Perpatih dan dengan itu, semua keturunan dan penduduk kampung ini masih lagi mengamalkan Adat Perpatih. Datuk Penghulu Tua telah disemadikan di tanah wakaf Seberang Perai. Adalah dipercayai bahawa kubur Datuk Penghulu Tua masih wujud dengan menggunakan nisan batu zaman dahulu kala. Masa telah berubah, maka hari ini kampung ini telah dinamakan KAMPUNG AYER LIMAU.

No comments:

Post a Comment

Featured Images